1 haluan 1 harapan

Jumaat, 20 Jun 2008



Siapakah
orang yang sibuk? Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah
orang yang manis senyumanya? Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah
orang yang kaya? Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah
orang yang miskin? Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah
orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang
yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan
amal-amal kebaikan.

Siapakah
orang yang paling cantik? Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah
orang yang mempunyai akal? Orang yang
mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tiada ulasan: