Selasa, 9 Disember 2014
Kegembira mereka menjadi ilusi dlm gerak kerja
Abu Muslim bertanya kepada sahabat Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan sholat malam?”
Sahabat Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rosulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rosulullah SAW bersabda : “Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)
Rosulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam.” ( HR Muslim )
Nabi SAW bersabda :“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukh
ari dan Muslim )
eprestasi
- Prestasi mesti dinilai bergantung kepada objektif keseluruhan, dimana ianya akan dipecahkan kepada beberapa matlamat yang akan dipengaruhi oleh objektif keseluruhan.
- Objektif harus boleh digunakan untuk semua pekerja yang mempunyai percampuran diantara pengukuran objektif dan persaingan di mana persaingan yang digunakan harus diterangkan dengan berhati-hati dalam bentuk kemahiran yang dapat di tunjukkan atau perlakuan.
- Terdapat beberapa jalan singkat untuk menilai prestasi. Langkah berhati-hati perlu diberi pada setiap objektif dan matlamat. Pekiraan harus dibuat pada keadaan dimana mereka telah capai.
- Di dalam kadar prestasi, penilai harus mengambilkira di dalam semua aspek pekerjaan. Pemberian kadar keseluruhan bagi sesuatu kerja sebagai merangkumi keseluruhan dan tidak benar dan akan mempengaruhi prestasi keseluruhan.
- Salah satu kesukaran yang dialami oleh pengurus dalam penilaian pekerja adalah untuk menilai individu itu sendiri. Antaranya adalah masalah memberikan keputusan prestasi yang baik kepada pekerja yang di senangi dan keputusan yang sebaliknya.
- Dalam mengambilkira prestasi individu penekanan harus diberi berpandukan kepada keutamaan objektif dan prestasi keseluruhan dan ianya harus diukur bertentangan dengan kebolehan pekerja.
- Pekiraan harus di ambilkira terhadap faktor dalaman yang akan mempengaruhi prestasi seperti perubahan di dalam organisasi , sumber yang ada dan tahap persaiangan yang wujud di dalam perkiraan.
- Penilai atau pengurus harus mengambilkira keadaan luaran seperti keadaan pasaran, perubahan di dalam undang-undang atau polisi kerajaan serta keadaan ekonomi.
Selasa, 2 Disember 2014
Selasa, 17 Mei 2011
Sekitar Jejak Yg Ditinggalkan II- Negara Warga Tradisi
Tq utk semua ahli warga tradisi kerana mematangkn teman dlm dunia perjuangan pendidikan. Kenal erti sebuah persahabatan dalam mencari isi ilmu pengasuh pemimpin n generasai mendatang di sebalik debunga lalang. Di sini insan kerdil ketemui semuanya.... tq 4 all warga tradisi . Teman hadir seketika membawa sengketa cuma...kekaguman kekentalan gerak kerja panitia PI n J-Qaf. Langkah tersusun, sepakat n komitmen cukup tinggi. tq n tq 2 senita, kapiten krs, ft azrin, pt yati, kak umi, jai, n all group setia bilik guru sksl...adios semua...
Isnin, 9 Februari 2009
KUALE KANGSOR
This place must have had a strange effect on Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah of Perak who ruled from 1877 to 1887. Unlike many rulers who protected their royal places and strongholds by selecting their vantage points carefully where they could detect enemy approach from afar, the Sultan had his first royal palace built beside the riverbank. He then named it 'Istana Sri Sayong'.
Apart from being exposed to the impending threat of invasion, the other problem was the force of monsoon seasons, which led to numerous flooding as water gushed down from the jungles above through the many tributaries. The name Kuala Kangsar is believed to be derived from 'Kuala Kurang-Sa', which literally means '100 minus one', usually interpreted as 'the 99th small tributary to flow into the Perak River'.
One flooding was so severe, it almost swept the palace away. Finally, after the Big Flood or Air Bah in 1926, it was decided to move the place further up onto the knoll where stands the current Royal Palace named Istana Iskandariah with its Art-Deco architecture, a rare but significant piece of architectural milestone in Malaysia.
The Sultan of Perak officially resides in Kuala Kangsar, and it has been Perak's royal seat since the 18th century. It is one of four towns that plays a role in Perak's complex succession system. It was the administrative seat of the first British Resident in the Malay Peninsula, James W.W. Birch, from October 1874 until he was murdered on November 2, 1875.
Kuala Kangsar is also known in Malaysian history as the site where the first Conference of Rulers, the Durbar, was held in 1897. By the 1890s, the growth of the tin mining towns of Ipoh and Taiping had eclipsed Kuala Kangsar, but it remains to this day one of the most attractive of the Malay royal capitals.
The town is also the site of the first rubber tree planted in Malaysia. The person responsible was the English botanist Henry Nicholas Ridley. He was the one who helped Malaya and eventually Malaysia become the largest rubber producer in the world. The tree still stands today.
The first Malaysian scout troop was established in Kuala Kangsar. Consequently, its squad number is 001.
Selasa, 30 Disember 2008
Sekiranya
Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya mencintai seseorang, kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas serta jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan juga kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia.
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...
Jumaat, 26 Disember 2008
Khadijah contoh ibu mithali Muslim
SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.
Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.
Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah antaranya:
# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.
Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.
Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam.
Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.
Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.
Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.
Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.
Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab: “Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”
# Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.
Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”
Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”
INTI PATI
Saiditina Khadijah
# Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.
# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.
# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
petikah http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=108.15
Jumaat, 20 Jun 2008
Siapakah
orang yang sibuk? Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah
orang yang manis senyumanya? Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah
orang yang kaya? Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah
orang yang miskin? Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah
orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang
yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan
amal-amal kebaikan.
Siapakah
orang yang paling cantik? Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah
orang yang mempunyai akal? Orang yang
mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Kajian Lapangan
Kenali Tabiat Suami Melalui Bahagian Yang Dia Suka Cium
Suka cium dahi isteri........suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri..........suami yang sensitive.
Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium kemaluan isteri......suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang memtingkan diri.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri........ suami yang baru balik dari outstation.
Amaran: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
PERJUANGAN SUCI
6 Jenis Wanita Malang
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang
Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah,
yang Baraqah dan yang Syadaqah."
Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau
buat-buat sakit.
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,
"Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.
Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias
mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.